Wednesday, 28 October 2015

 Seperti yang dibincangkan dalam siri yang lalu, tujuan utama sesebuah perniagaan itu memerlukan strategi ialah untuk menjamin perniagaan yang dijalankan itu berdaya saing dan melindungi dari ancaman pesaing.mengikut Hashim 92008), Tujuan utama sesebuah perniagaan itu mempunyai strategi ialah agar dapat menjamin daya saingnya berkekalan untuk jangka masa panjang.

Namun disebabkan oleh kemajuan  dalam teknologi dan perubahan trend pengguna, jangka hayat  sesuatu produk itu  menjadi semakin pendek.  Contohnya, ialah seperti produk berjenama 'Jus mate 5'  yang satu ketika dulu amat terkenal di kalangan pengguna. Di sebabkan perubahan dalam teknologi, terdapat beberapa produk baru  muncul di pasaran dan mencuri  populariti produk ini. Akhirnya permintaan terhadap produk tersebut semakin berkurangan. Keadaan ini  memberi kesan negatif kepada perniagaan tersebut di mana daya saing syarikat tidak lagi dapat dikekalkan

Dengan itu pengurus syarikat berkenaan  perlu mencari dan merangka strategi  yang boleh  dipraktiskan agar beliau dapat mengekalkan daya saing perniagaannya.  Proses merangka strategi ini dinamakan sebagai pengurusan strategi (strategic management).

Banyak lagi contoh-contoh produk  atau perkhidmatan yang mengalami keadaan situasi sebegini. Oleh itu, tidak kira perniagaan anda adalah perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan, atau secara besar-besaran perlu kepada strategi agar daya saing syarikat dapat dikekalkan di samping membantu pengurus menyesuaikan syarikat atau perniagaan beliau dengan perubahan persekitaran dan trend pengguna. Strategi yang baik akan menjamin kejayaan sesebuah syarikat untuk jangka masa panjang di samping menjamin keuntungan yang berterusan kepada syarikat tersebut.

No comments:

Post a Comment