Thursday, 22 October 2015

Strategi - sambungan......

Kajian berkenaan strategi ini adalah baru dalam bidang akademik. Sebab itulah banyak konsep dalam pengurusan strategi ini hampir sama dengan bidang pemasaran, psikologi dan ekonomi.
Mengikut Okumus(2010), dengan mempelajari strategi, seseorang pengurus itu akan dapat mendefiniskan dengan jelas apa objektif yang ingin dicapai  dan seterusnya membolehkan beliau melaksanakan apa  tindakan yang sepatutnya agar objektif tersebut dapat dicapai.
 Di samping itu, dengan mempelajari strategi juga, pengurus akan dapat  :
  • Menarik dan memuaskan hati pelanggan
  • Menghadapi saingan dari pesaing yang berada dalam pasaran yang sama
  • Meletakkan syarikat beliau di landasan yang betul
  • Menyesuaikan syarikat beliau dengan keadaan persekitaran (terutamanya perubahan ekonomi dan trend pengguna)
 Untuk mencapai apa yang disenaraikan tadi, seseorang pengurus itu perlu memahami beberapa elemen penting yang terkandung dalam pengurusan strategi iaitu:
- menganalisis persekitaran
- merangka startegi
- melaksana strategi
- membuat pengawalan dan pengubahsuaian.

Mengurus strategi ini bolehlah diibaratkan seperti senario seorang pengukir dengan tanah liat.  Pengukir yang ingin mengukir pasu menggunakan tanah liat akan terlebih dahulu membuat lukisan secara kasar di atas kertas  bentuk pasu yang akan dihasilkannya nanti.Namun begitu beliau tetap mempunyai pelan kontigensi seandainya pasu yang dihasilkan itu tidak menepati seperti apa yang dirangka dalam kertas sebelum ini. Begitu juga dengan mengurus strategi. Pengurus akan membuat pelan strategi yang akan dilaksanakannya tetapi jika di pertengahan jalan, didapati strategi yang dipilih itu tidak menunjukkan hasil yang diharapkan, pengurus perlu bersedia dengan pelan kedua.

No comments:

Post a Comment