Adalah menjadi impian setiap pengurus untuk menjadikan perniagaan beliau maju dan berdaya saing. Di samping itu juga beliau ingin memastikan agar perniagaan yang diusahakan itu tidak menghadapi ancaman dari pesaing sama ada pesaing langsung atau pesaing tidak langusung. Dengan itu setiap pengurus perlu sentiasa mencari peluang bagaimana untuk meningkatkan daya saing perniagaannya.
Proses ini memerlukan pengurus mengenal pasti jenis industri beliau berada dan bagaimana hendak membuat pengubahsuaian perniagaan beliau dengan perubahan persekitaran dalam industri tersebut.
Proses mengenal pasti persekitaran, merangka,mempraktiskan dan membuat penilaian strategi ini dinamakan pengurusan strategi (Strategy management). Sehingga kini, masih belum ada lagi satu definisi terbaik yang mentakrifkan tentang pengurusan strategi (strategic management) ini. Secara amnya boleh dirumuskan bahawa proses mengurus strategi ini (strategic management) ini adalah satu proses di mana pengurus mengekpoitasikan kelebihan yang dimiliki oleh syarikat/perniagaan beliau dengan merangka satu pelan tindakan agar syarikat/perniagaan beliau sentiasa berada di landasan yang betul dan dapat mengekalkan daya saing ( Faulkner & Campbell.,2003, Lynch.,2000 dan Philip et al.,2010).
Setiap organisasi akan menggunakan proses pengurusan strategi ini sama ada secara formal atau tidak formal dalam mengurusperniagaan mereka seharian. Dengan menggunakan prinsip dan elemen yang terkandung dalam pengurusan strategi ini, pengurus akan mendapat garis panduan bagaimana untuk merangka satu strategi yang boleh meletakkan syarikat atau perniagaan beliau seiring dengan perubahan persekitaran. Kejayaan sesebuah perniagaan atau organisasi itu banyak bergantung kepada kebolehan pengurus mengurus elemen-elemen yang terkandung dalam komponen strategi.
Untuk mengetahui apakah elemen-elemen tersebut, nantikan kemunculan buku:
Edaran Norie Publisher and marketing.

No comments:
Post a Comment