Wednesday, 7 October 2015


 AKAN TERBIT ....!!!


Ramai individu yang menjalankan perniagaan sendiri mengalami kegagalan dalam perniagaan mereka. Mengikut kajian, hampir 80% perniagaan yang dibuka pada hari ini tidak akan kekal bertahan untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang.  Majoriti perniagaan yang dibuka akan mengalami kegagalan.
Puncanya ialah kerana kurangnya pengetahuan berkenaan perancangan strategi dan aktiviti pemasaran.

Di samping itu, bakal usahawan juga tidak membuat persedian sebelum memulakan perniagaan seperti membuat analisis persekitaran industri dan analisis pasaran. Hasilnya, belum pun perniagaan tersebut berusia tiga bulan, mereka terpaksa berhenti berniaga kerana tidak mampu untuk bersaing.

Memandangkan masih kurang buku-buku berkaitan strategi dan pemasaran yang ditulis, maka lahirlah buku ini untuk membantu anda yang sedang merancang untuk memasuki dunia perniagaan agar anda tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh mereka yang kecundang.

Sebagaimana pernah diungkapkan oleh General Sun Tzu, untuk memenangi seratus pertempuran yang bakal disertai, anda perlu tahu siapa diri anda dan membandingkannya dengan kekuatan serta kelemahan pihak lawan. Begitu juga dengan dunia perniagaan. Perancangan dan analisis mendalam perlu dilakukan untuk membantu anda memahami tentang situasi semasa dan tahap persaingan. Buku ini akan mengajar anda untuk membuat analisis tersebut dengan terperinci.

Di samping itu, buku ini juga akan membantu anda untuk mengira dan menilai risiko yang bakal dihadapi dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan perniagaan. Oleh itu, jika anda berniat untuk membuka perniagaan sendiri sama ada secara sepenuh masa, secara sambilan serta secara on line atau konvensional, buku ini adalah sesuai untuk anda.



No comments:

Post a Comment