Tuesday, 20 October 2015

Apa itu strategi



Apa itu strategi?
Strategi ialah satu usaha yang dilaksana oleh pengurus bagi mencapai dan mengekalkan daya saing syarikatnya. Ia bermula dari teori dan perancangan yang dirangka oleh pengurus. Kemudiannya teori dan perancangan tersebut diterjemahkan di atas kertas untuk dilaksanakan.

Ia adalah satu proses di mana pengurus sesbuah syarikat itu mengenali dan memahami jenis industri yang beliau ceburi dan di mana posisi syarikat beliau dalam industri tersebut. Adakah posisi syarikat beliau selamat dari ancaman dan persaingan atau sesuatu perlu dilakukan agar syarikat beliau sentiasa releven dengan keadaan ekonomi semasa? 

Mengikut Wheelen dan Hunger (2003), strategi ialah satu gabungan pelan tindakan yang menyeluruh bagaimana pengurus sesebuah syarikat itu hendak mencapai objektif yang beliau tetapkan. Ia melibatkan proses bagaimana beliau membuat keputusan bagaimana untuk melakukan tugasan dan apa sumber yang beliau perlukan agar objektif yang ditetapkan itu dapat dicapai. Manakala mengikut Magretta (2012), strategi ialah satu tindakan oleh sesebuah organisasi bagi menghadapi saingan dan mencapai objektif yang ditetap.

Untuk syarikat bertaraf korporat, strategi ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu : 'Corporate strategy',' business strategy' dan 'functional strategy'.Bagi mereka yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan pula, hanya mempunyai satu startegi sahaja iaitu 'business strategy'.

Setiap entiti perniagaan  akan menggunakan ketiga-tiga jenis strategi ini serentak. Setiap hirarki strategi ini mempunyai hubungkait antara satu sama lain dan saling melengkapi. Contohnya, 'functional strategy' akan menyokong 'business strategy' dan 'business strategy' pula akan menyokong 'corporate strategy'.

No comments:

Post a Comment