Sunday 1 November 2015

Strategi.... sambungan

Seperti yang dibincangkan dalam siri yang lalu, adalah menjadi impian  setiap pengurus agar perniagaan yang diusahakannya itu  berdaya saing dan dapat mengelak dari sebarang ancaman. Oleh itu setiap pengurus akan merangka satu strategi untuk dipraktiskan dalam perniagaan beliau. Malangnya, setiap strategi yang dipraktiskan oleh pengurus tidak akan kekal selamanya.  Ini adalah disebabkan oleh berlakunya perubahan dalam teknologi, ekonomi, sosial dan perubahan trend pengguna. Di samping itu pesaing (peniaga lain yang menjalankan perniagaan yang sama) juga ada membuat perubahan terhadap strategi yang mereka amalkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Keadaan ini menyebabkan strategi yang dipraktiskan oleh anda sebelum ini akan menjadi tidak releven.

Oleh itu pengurus dinasihatkan agar sentiasa memantau strategi yang beliau amalkan  dari masa ke semasa.Jika pengurus berterusan mengamalkan strategi yang lapok tanpa mengikut kesesuaian keadaan semasa, ia akan menyebabkan strategi tersebut tidak berkesan. Sebagaimana  satu-satu produk  yang mempunyai tarikh luput, begitu juga dengan strategi

Jika anda tetap juga meminum susu kotak yang anda sudah tahu bahawa ia sudah tamat tempoh,  anda bukannya mendapat sumber protein dari susu tersebut sebaliknya anda akan  mengalami masalah  seperti sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah.Begitu juga dengan strategi. Jika anda terus menerus mengamalkan strategi yang sama dalam perniagaan anda tanpa mengira perubahan persekitaran, ia juga akan memberi kesan buruk kepada perniagaan yang dijalankan. Perniagaan anda bukan saja tidak mampu meluaskan pasaran malah pesaing pula yang akan merampas pasaran dan pelanggan anda. Oleh itu anda perlu memeriksa akan keberkesanan strategi tersebut.

Jika anda jatuh sakit dan anda pergi ke klinik untuk berjumpa doktor. Doktor akan menanyakan anda  beberapa soalan   bagi membantu beliau mengesan apa penyakit yang sedang anda  alami. Begitu juga dengan proses membuat diagnosis tentang keberkesanan strategi ini. Anda juga perlu menanyakan beberapa 'soalan tertentu'  sebagai panduan untuk membuat diagnosis.

Dengan menanyakan soalan-soalan ini, anda akan mengetahui akan keberkesanan strategi tersebut. Jika strategi  itu telah  'terkebelakang'  atau tidak releven,  anda perlu merangka strategi baru atau membuat pengubahsuaian.

Wednesday 28 October 2015

 Seperti yang dibincangkan dalam siri yang lalu, tujuan utama sesebuah perniagaan itu memerlukan strategi ialah untuk menjamin perniagaan yang dijalankan itu berdaya saing dan melindungi dari ancaman pesaing.mengikut Hashim 92008), Tujuan utama sesebuah perniagaan itu mempunyai strategi ialah agar dapat menjamin daya saingnya berkekalan untuk jangka masa panjang.

Namun disebabkan oleh kemajuan  dalam teknologi dan perubahan trend pengguna, jangka hayat  sesuatu produk itu  menjadi semakin pendek.  Contohnya, ialah seperti produk berjenama 'Jus mate 5'  yang satu ketika dulu amat terkenal di kalangan pengguna. Di sebabkan perubahan dalam teknologi, terdapat beberapa produk baru  muncul di pasaran dan mencuri  populariti produk ini. Akhirnya permintaan terhadap produk tersebut semakin berkurangan. Keadaan ini  memberi kesan negatif kepada perniagaan tersebut di mana daya saing syarikat tidak lagi dapat dikekalkan

Dengan itu pengurus syarikat berkenaan  perlu mencari dan merangka strategi  yang boleh  dipraktiskan agar beliau dapat mengekalkan daya saing perniagaannya.  Proses merangka strategi ini dinamakan sebagai pengurusan strategi (strategic management).

Banyak lagi contoh-contoh produk  atau perkhidmatan yang mengalami keadaan situasi sebegini. Oleh itu, tidak kira perniagaan anda adalah perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan, atau secara besar-besaran perlu kepada strategi agar daya saing syarikat dapat dikekalkan di samping membantu pengurus menyesuaikan syarikat atau perniagaan beliau dengan perubahan persekitaran dan trend pengguna. Strategi yang baik akan menjamin kejayaan sesebuah syarikat untuk jangka masa panjang di samping menjamin keuntungan yang berterusan kepada syarikat tersebut.

Tuesday 27 October 2015

Strategi- sambungan

Adalah menjadi impian setiap pengurus untuk menjadikan perniagaan beliau  maju dan berdaya saing. Di samping itu juga beliau ingin memastikan agar perniagaan yang diusahakan itu tidak menghadapi ancaman dari pesaing sama ada pesaing langsung atau pesaing tidak langusung. Dengan itu setiap pengurus perlu sentiasa mencari peluang bagaimana untuk meningkatkan daya saing perniagaannya.
Proses ini memerlukan pengurus  mengenal pasti jenis industri beliau berada  dan bagaimana hendak membuat pengubahsuaian  perniagaan beliau dengan perubahan  persekitaran dalam industri tersebut.

Proses mengenal pasti persekitaran, merangka,mempraktiskan dan membuat penilaian strategi ini dinamakan pengurusan strategi (Strategy management). Sehingga kini, masih belum ada lagi satu definisi terbaik yang mentakrifkan tentang pengurusan strategi (strategic management) ini.  Secara amnya boleh dirumuskan bahawa proses mengurus strategi ini (strategic management) ini adalah satu proses di mana pengurus mengekpoitasikan kelebihan yang dimiliki oleh syarikat/perniagaan beliau  dengan merangka satu pelan tindakan agar  syarikat/perniagaan beliau sentiasa berada di landasan yang betul dan dapat mengekalkan daya saing ( Faulkner & Campbell.,2003, Lynch.,2000 dan Philip et al.,2010).

Setiap organisasi akan menggunakan proses pengurusan strategi ini sama ada secara formal atau tidak formal dalam mengurusperniagaan mereka seharian. Dengan menggunakan prinsip dan elemen yang terkandung dalam pengurusan strategi ini, pengurus akan mendapat garis panduan bagaimana untuk merangka satu strategi yang boleh meletakkan syarikat atau perniagaan beliau seiring dengan perubahan persekitaran. Kejayaan sesebuah perniagaan atau organisasi itu banyak bergantung kepada kebolehan pengurus mengurus elemen-elemen yang terkandung dalam komponen strategi.

Untuk mengetahui apakah elemen-elemen tersebut, nantikan kemunculan buku:
Edaran Norie Publisher and marketing.



Thursday 22 October 2015

Strategi - sambungan......

Kajian berkenaan strategi ini adalah baru dalam bidang akademik. Sebab itulah banyak konsep dalam pengurusan strategi ini hampir sama dengan bidang pemasaran, psikologi dan ekonomi.
Mengikut Okumus(2010), dengan mempelajari strategi, seseorang pengurus itu akan dapat mendefiniskan dengan jelas apa objektif yang ingin dicapai  dan seterusnya membolehkan beliau melaksanakan apa  tindakan yang sepatutnya agar objektif tersebut dapat dicapai.
 Di samping itu, dengan mempelajari strategi juga, pengurus akan dapat  :
  • Menarik dan memuaskan hati pelanggan
  • Menghadapi saingan dari pesaing yang berada dalam pasaran yang sama
  • Meletakkan syarikat beliau di landasan yang betul
  • Menyesuaikan syarikat beliau dengan keadaan persekitaran (terutamanya perubahan ekonomi dan trend pengguna)
 Untuk mencapai apa yang disenaraikan tadi, seseorang pengurus itu perlu memahami beberapa elemen penting yang terkandung dalam pengurusan strategi iaitu:
- menganalisis persekitaran
- merangka startegi
- melaksana strategi
- membuat pengawalan dan pengubahsuaian.

Mengurus strategi ini bolehlah diibaratkan seperti senario seorang pengukir dengan tanah liat.  Pengukir yang ingin mengukir pasu menggunakan tanah liat akan terlebih dahulu membuat lukisan secara kasar di atas kertas  bentuk pasu yang akan dihasilkannya nanti.Namun begitu beliau tetap mempunyai pelan kontigensi seandainya pasu yang dihasilkan itu tidak menepati seperti apa yang dirangka dalam kertas sebelum ini. Begitu juga dengan mengurus strategi. Pengurus akan membuat pelan strategi yang akan dilaksanakannya tetapi jika di pertengahan jalan, didapati strategi yang dipilih itu tidak menunjukkan hasil yang diharapkan, pengurus perlu bersedia dengan pelan kedua.

Tuesday 20 October 2015

Apa itu strategi



Apa itu strategi?
Strategi ialah satu usaha yang dilaksana oleh pengurus bagi mencapai dan mengekalkan daya saing syarikatnya. Ia bermula dari teori dan perancangan yang dirangka oleh pengurus. Kemudiannya teori dan perancangan tersebut diterjemahkan di atas kertas untuk dilaksanakan.

Ia adalah satu proses di mana pengurus sesbuah syarikat itu mengenali dan memahami jenis industri yang beliau ceburi dan di mana posisi syarikat beliau dalam industri tersebut. Adakah posisi syarikat beliau selamat dari ancaman dan persaingan atau sesuatu perlu dilakukan agar syarikat beliau sentiasa releven dengan keadaan ekonomi semasa? 

Mengikut Wheelen dan Hunger (2003), strategi ialah satu gabungan pelan tindakan yang menyeluruh bagaimana pengurus sesebuah syarikat itu hendak mencapai objektif yang beliau tetapkan. Ia melibatkan proses bagaimana beliau membuat keputusan bagaimana untuk melakukan tugasan dan apa sumber yang beliau perlukan agar objektif yang ditetapkan itu dapat dicapai. Manakala mengikut Magretta (2012), strategi ialah satu tindakan oleh sesebuah organisasi bagi menghadapi saingan dan mencapai objektif yang ditetap.

Untuk syarikat bertaraf korporat, strategi ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu : 'Corporate strategy',' business strategy' dan 'functional strategy'.Bagi mereka yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan pula, hanya mempunyai satu startegi sahaja iaitu 'business strategy'.

Setiap entiti perniagaan  akan menggunakan ketiga-tiga jenis strategi ini serentak. Setiap hirarki strategi ini mempunyai hubungkait antara satu sama lain dan saling melengkapi. Contohnya, 'functional strategy' akan menyokong 'business strategy' dan 'business strategy' pula akan menyokong 'corporate strategy'.